Tuesday, July 20, 2010

Petua pemakanan dan kaitannya dengan Seks


"Bagi kebanyakan lelaki, seks ibarat nasi...tapi bagi sesetengah wanita, seks itu umpama ketupat sate..tak order pun takpe..."


"Bagi lelaki, jika seks itu ibarat nasi, maka cinta pula ibarat kuah. Bagi wanita pula, sebaliknya."



Hmm..Baiklah. Di sini terdapat beberapa tips dan petua berkaitan pemakanan dan seks:


- Makanan dan minuman yang mengandungi kandungan asid yang tinggi boleh melemahkan syahwat (termasuk minuman berkarbonat)..sebaiknya cuba elakkan.

- beberapa jenis ulam-ulaman termasuk pegaga dan ulam raja boleh membantu memulihkan dan menguatkan syahwat (dan sangat baik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma bagi lelaki).

- tabiat makan terlalu banyak akan mengakibatkan kelesuan dan lemah syahwat.

- Penjagaan kesihatan secara keseluruhan melalui pemakanan, dengan sendirinya akan meningkatkan kualiti seksual seseorang. Apabila tubuh sihat secara keseluruhannya, segala fungsi tubuh akan berjalan dengan baik.

- Elakkan makan sambil minum (lazim disebut makan bersulam air), kerana akibatnya kualiti pernafasan akan terjejas (nafas menjadi pendek) dan boleh mengakibatkan inzal pramatang (premature ejaculation). Sebaiknya minum dahulu sekadar seteguk dua sebelum mula makan, dan habiskan makanan dahulu, barulah minum.

- Elakkan menghembus nafas dalam bekas minuman (makruh hukumnya), kerana karbon dioksida dari nafas akan meresap ke dalam minuman, menjadikannya berasid. Sebaiknya usah bernafas ketika mulut sedang menyentuh bekas minuman.

- Makruh juga menghembus pada makanan yang panas. Biarkan ia sejuk sendiri, atau pasanglah kipas.

- Makanan yang tidak dikunyah dengan sempurna akan mengakibatkan penghasilan asid secara berlebihan di dalam usus. Asid itu pula akan diserap ke dalam darah, dan akan membebankan fungsi buah pinggang dan hati. Sebaiknya, kunyahlah dengan sempurna sebelum menelan sebarang makanan.

- Tahukah anda, lazimnya seseorang itu (terutamanya golongan lelaki) akan tahan untuk bersenggama selama tempoh yang diambilnya untuk makan? (Beruntunglah wanita yang suaminya makan perlahan dan tidak gelojoh!)...

No comments:

Post a Comment